Khamis, September 29, 2011

KIAMAT BERLAKU PADA 21.12.2012??



   Pada 21 dec 2012,terjadilah satu peristiwa huru hara dan gempa bumi yang amat dahsyat yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah hidup manusia di muka bumi ini..Pada hari itu, bulan,bintang,planet dan segala isi cakerawala bertembung antara satu sama lain..Letupan ngeri di angkasa raya itu diikuti pula dengan kejadian bintang serta planet-planet meluruh jatuh menghentam ke bumi.
     Bunyi letupan dan suara jeritan kedengaran di setiap penjuru bumi.Mayat-mayat bergelimpangan,api menjulang di sana sini,haiwan bertempiaran menyelamatkan diri daripada hentaman bintang dan cakerawala yang tiada kesudahannya itu.
malapetaka ini amat dahsyat dan akhirnya bumi berkecai sehingga menjadi serpihan debu-debu yang beterbangan.Tiada satu nyawa pun yang terselamat
    Begitulah gambaran Hari Kiamat yang diramalkan oleh satu ETNIK PURBA yang dikenali sebagai KAUM MAYA.Mereka percaya kiamat yang digambarkan itu akan berlaku pada 21 DEC.2012 mengikut kalender kuno kaum tersebut.
                                                                                               kalender maya
    Tetapi..benarkah ramalan itu?Siapa pula  sebenarnya PUAK MAYA ini?Mengapakan ramalan itu begitu terkenal sehingga menjadi tajuk perbualan di kalangan Bijak pandai termasuk saintis-saintis barat?
    KAUM MAYA merupakan satu komuniti yang hidup di selatan mexico dan utara amerika tengah.Tamadun mereka bermula sekitar 4,000 tahun dahulu dan sangat terkenal dalam bidang ASTRONOMI,ARKITEKTUR,KEJURUTERAAN,SENI serta MATEMATIK.sehingga hari ini keturunan maya masih 
mengamalkan budaya yang mereka telah warisi semenjak ribuan tahun dahulu.
    amalan Kaum Maya menjadi perhatian para saintis Barat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang FALAK.kaum ini juga mempunyai kalender sendiri dalam menghitung hari.,bulan serta tahun.
    Melalui kalender itulah mereka meramalkan planet bumi akan musnah pada 12 dec 2012 [hari jumaat](dlm angkah 21122012).bagi menzahirkan keyakinan itu,  maka segala hitungan kalender trsebut tersebar luas d internet.
Ini menyebabkan cerita ramalan itu menjadi topik yang hangat dibicarakan di kalangan masyarakat antarabangsa.Pelbagai laman web diwujudkan malah kajian-kajian juga menyokong ramalan tersebut.
    Antara golongan bijak pandai yang menyokong pendapat itu ialah seorang penulis berketurunan Yahudi  Amerika,Lawrence E. Joseph.
Di dalam bukunya yang bertajuk KIAMAT 2012(APOCALYPSE 2012) Lawrence menyatakan tidak lama lagi akan berlaku bencana besar hingga menyebabkan bumi musnah.
Ini disambut oleh beberapa fakta daripada saintis-saintis Barat lain yang meramalkan pada tahun tersebut akan terjadi satu badai matahari yang sangat menakutkan.Badai ini membawa suhu panas yang amat luar biasa ekoran atmosfera bumi menjadi semakin nipis.
Ribut matahari ini menjadi semakin panas dan akan mencairkan bongkah ais di kutub utara dan selatan.ribut taufan yang amat dahsyat akan berlaku dan diiringi dengan kejadian Tsunami.
kejadian ini menyebabkan medan magnet yang sekian lama berfungsi sebagai pertahanan utama bumi daripada radiasi sinar matahari retak.
    Beberapa cendikiawan dari unervisiti berkeley seterusnya mengimbas kejadian zaman dinasour yang pupus akhibat hentaman asteroid 65juta tahun dahulu itu hampir berulang.menurut kitaran masa yang dihitungkan secara ilmiah,kitaran kemusnahan bumi seperti 65juta tahun dahulu akan berulang.
     Gunung berapai YELLOWSTONE  di wyoming Amerika syarikat yang memiliki letusan dahsyat sehingga 6000-7000 tahun  menunggu masa meletus dan dijangkakan akan meletus pada 2012!

Salah satu gunung berapi super (super-volcano) terbesar di dunia, Yellowstone (AS), dprediksi bakal meletus. Terakhir kali meletus 600.000 tahun silam, gunung yang kini tak terlihat lagi seperti gunung itu sampai menghanguskan dua pertiga wilayah Amerika Utara.

   Selain daripada ramalan puak maya,ada sebuah kitab kuno dari negara cina yang bertajuk I CHING, turut menyatakan bahawa 2012 akan berlakunya satu bencana besar di planet bumi..bagaimanapun tarikh tidak dinyatakan..
kitab cina (i-ching)

namun dalam islam,kiamat bukanlah sesuatu yang boleh dramalkan..ia berdasarkan firman ALLAH AWT di dalam Al -Quran yang menegaskan tidak ada mana-mana makhluk -Nya yang mengetahui Kiamat biarpun mahkluk itu adalah insan-insan terpilih yang diangkat sebagai rasul atau Nabi...
WALLAHUALAM


Gambar ini merujuk kepada pergerakan Marikh yang telah songsang.
Benarkah? Dunia akan musnah bila dunia memasuki putaran melepasi photon belt berdasarkan perkiraan kalendar mayan?
Adakah kiamat dikira berlaku pabila bumi mengalami retrograde motion?

penguguran janin..



sedih kan bila dengar mcm2 kes pembuangan bayi...kes2 penguguran bayi yang makin meningkat2...
bayi yang terjadi atas dasar cinta & suka sama suka akhirnya dibunuh macam tu saja..tidak kah kejam namanya tu??
binatang pun sayangkan anak..inikan pulak manusia yang berakal...
janin yang terbentuk secara normal dan cukup sifat dibunuh tanpa rasa belas kasihan..
salah siapakah sebenarnya?
adakah c pelaku yang takut malu kerana kesalahan diri sendiri atau takut akan masa depan c bayi yang bakal lahir?kesian c bakal bayi yang mahu melihat dunia,yang mahu dibelai oleh ibu bapa mereka...ntah apa perasaan mereka kalaulah mereka sudah mempunyai perasaan semasa digugurkan..pasti menangis,sedih dan merayu 
"ibu,ayah..tolonglah jangan bunuh saya...saya ingin hidup dan dibelai oleh kalian"

nilai insan...
harga nyawa

.
hilangnya kasih sayang.....

huh!!kalau x berani tanggung,jangan buat ikut sedap sendiri...kalau dah jadi 2 bela je la..kalau x mampu,kasi orgg lain jaga..banyak lagi pasangan yang mahukan anak d dunia ini..
.yang buang bayi mcm sampah saja tu pun...
serahkan la kepada yang mahu menjaga kalau tidak mampu menjaga..jangan buat bayi itu seperti sampah....
uh??aku sebenarnya ingin berkongsi cerita je..rupanya aku plak yang membebel kat sini...
apepon tngok2 la...kesian kan janin yang cukup sifat tu di bunuh mcm 2 je....

ASAL USUL PLANET NIBIRU ATAU PLANET X


Ini bermula dengan khabar angin Bumi akan musnah pada tahun 2012
disebabkan tamatnya kalendar kaum Maya iaitu suatu kaum yang
bertamadun tinggi yang  wujud sekitar 2500 tahun sebelum Masihi di
bahagian tengah Benua Amerika yang meliputi   Honduras, Guatemala,
El Salvador Utara sehingga ke tengah Mexico.
Ramalan Nostradamus (Michel de Nostredame (1503  – 1566), seorang
ahli ramal Perancis yang tersohor dengan ramalan-ramalan beliau
melalui bukunya   Les Propheties ("The Prophecies") (1555). Ramalan
beliau menyatakan bahawa planet Bumi akan binasa disebabkan
perlanggaran dengan planet Nibiru pada 21 Disember 2012. Dakwaan
ini berasaskan kepada berakhirnya kalendar kaum Maya.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa tiada maklumat dan data yang telah
direkodkan mengenai kewujudan planet ini. Pihak NASA juga telah
menyatakan bahawa tiada bukti yang sahih mengenai kewujudan planet
Nibiru atau planet X tersebut oleh mana-mana data pencerapan.
Berkenaan dengan dakwaan sesetengah pihak mengenai Planet X atau
planet Nibiru ini tidak dapat dilihat dan dipantau kerana ianya berada
dekat dengan Matahari adalah tidak benar. Ini adalah kerana setiap
objek mempunyai orbitnya sendiri. Oleh itu, sekiranya orbit planet X ini
berdekatan dengan sistem suria kita, sudah tentu ahli astronomi dan
penyelidik sudah dapat menemui planet ini dan ianya dapat dilihat
dengan mata kasar kerana ianya semakin menghampiri Bumi.
Pelbagai pemantauan secara berterusan mengenai objek-objek samawi
seperti komet dan asteroid yang mengorbit berdekatan dengan Bumi yang berpotensi untuk berlanggar dengan Bumi (Near Earth Objects,
NEO) telah dijalankan oleh beberapa inisiatif global seperti  Safeguard
Survey dan NASA NEO Programme Office. Pemantauan juga dijalankan
dengan menggunakan teleskop di angkasa lepas seperti  Infrared
Astronomy Satellite (IRAS)  untuk memantau sebarang ancaman dari
angkasa.
Sehubungan dengan itu, ANGKASA turut bekerjasama  dengan pihak
agensi angkasa lepas antarabangsa lain seperti NASA, Pejabat
HalEhwal Angkasa Lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu(UNOOSA) dalam isu ancaman dari Angkasa seperti ini.
Sehingga kini, tiada objek angkasa lepas yang akan memberikan
ancaman kepada Bumi secara langsung.
KESAN ANCAMAN DARI ANGKASA
Sebenarnya planet Bumi sentiasa terdedah kepada perlanggaran
dengan jasad-jasad samawi seperti komet dan asteroid yang berdekatan
dengan Bumi ataupun mempunyai orbit yang akan melintas hampir
dengan Bumi (Near Earth Objects, NEO). Saiz NEO ini pula berbezabeza, yang kecil seperti tahi bintang (shooting stars) yang kita boleh lihat
hampir setiap malam, dan yang terbesar antaranya berlaku 65 juta tahun
yang lepas, yang telah memusnahkan kehidupan dinosaur di atas muka
Bumi. Walaupun demikian, kebarangkalian untuk perlanggaran NEO
bersaiz besar ini adalah amat rendah, dan antara perlanggaran asteroid
bersaiz sederhana pula adalah seperti di USA yang menghasilkan
Barringer Crater pada 50,000 tahun lepas dan di Argentina yang
menghasilkan Rio Cuarto Crater (10,000 tahun lepas).OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI
Di dalam peruntukan Rancangan Malaysia ke Lapan (RMK-8), Kerajaan
telah bersetuju supaya Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) membina
sebuah observatori dengan sistem teleskop robotik yang boleh dikawal
secara  remote melalui talian internet dan membolehkan penyelidikan
astronomi dijalankan oleh pakar-pakar astronomi tempatan, serantau
dan antarabangsa. ONL terletak di Empangan Bukit Malut, Pulau
Langkawi, Kedah.
Selaras dengan keperluan saintifik penyelidikan astronomi, ONL telah
dibangunkan di sebuah kawasan hutan simpan di Empangan Bukit
Malut, Langkawi, Kedah memandangkan ciri-ciri fizikalnya yang
menepati kehendak dan keperluan penyelidikan astronomi.
Projek pembinaan ONL ini bermula pada 1 Februari 2005 dan telah siap
pada 2 Mei 2006. Program pemasangan instrumentasi dan pencerapan
secara rasmi bermula pada awal 2007
Peranan dan Tanggungjawab
Dasar pembangunan ONL adalah untuk membangunkan keupayaan
sains angkasa di kalangan saintis tempatan serta menyumbang kepada
perkembangan ilmu sains angkasa di Malaysia.   Objektif ONL  ialah
seperti berikut:
i) Untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi
kefahaman sains angkasa kepada rakyat Malaysia; ii) Merupakan kemudahan untuk para penyelidik Malaysia khususnya
dan rakyat Malaysia amnya untuk menjalankan penyelidikan
astronomi/astrofizik secara lebih mendalam dan sistematik dengan
kemudahan infrastruktur yang lengkap;
iii) Meningkatkan kesedaran sains, teknologi dan inovasi bagi
menyumbang ke arah memupuk budaya kreatif dan inovasi; dan
iv) Untuk menjadikan ONL sebagai sebahagian daripada jaringan
kerjasama antarabangsa dalam bidang penyelidikan astronomi
dan fizik suria.
Instrumentasi
ONL telah dilengkapkan dengan peralatan canggih dan moden setaraf
dengan balai cerap-balai cerap utama dunia seperti:
Teleskop utama ialah jenis Ritchey-Chrétien Cassegrainian Reflector
yang berdiameter 508 mm (kategori teleskop kecil). Saiz cermin
primernya membolehkan teleskop ini untuk mencerap objek-objek
astronomi yang malap.  Dudukan robotik (robotic mounting) ialah jenis
Advanced German Equatorial Robotic Mounting yang mempunyai
keupayaan untuk menjejak pelbagai objek astronomi dan dilengkapi
dengan aksesori pengimejan seperti kamera CCD dan spektrograf untuk
pengkajian spektroskopi bintang(unsur/komponen objek angkasa
tersebut).ANGKASA telah menambah nilai sistem ONL dengan melengkapkannya
dengan sistem teleskop Matahari. Dengan adanya sistem tersebut,
pencerapan Matahari yang konsisten dapat dijalankan dan data-datanya
termasuk imej pencerapan Matahari akan dipaparkan di internet untuk
kegunaan pakar-pakar yang berminat di Malaysia.  Objektif sistem
teleskop matahari ini adalah untuk memonitor aktiviti permukaan
Matahari (fotosfera dan kromosfera) dan sebagai platform untuk negara
meneroka penyelidikan matahari terutamanya melalui kerjasama
antarabangsa.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, walaupun teleskop di ONL ini dikategorikan
kecil tetapi ia adalah permulaan yang baik untuk negara kerana:
i) Ia membolehkan pertama kalinya saintis negara menjalankan
penyelidikan astronomi di Malaysia dengan suatu kemudahan
observatori yang lengkap;
ii) Melengkapkan pengalaman saintis negara dalam pengoperasian
dan penggunaan observatori yang mana pengalaman mereka ini
merupakan merit untuk mereka menggunakan observatoriobservatori utama dunia;
iii) Platform untuk melatih pelajar Paska-siswazah dan saintis muda
iaitu pembangunan sumber manusia dalam bidang sains angkasa;
iv) ONL mempunyai  niche area atau bidang keutamaan iaitu
penyelidikan khusus untuk langit khatulistiwa dan penyelidikan fizik suria(matahari). Ini adalah dengan mengambil kira kedudukan
Malaysia yang unik di Khatulistiwa. Ia memberi peluang untuk
negara mendalami dalam bidang penyelidikan angkasa khusus
untuk kawasan khatulistiwa.

Gunung Yellowstone Bakal Meletus?



Salah satu gunung berapi super (super-volcano) terbesar di dunia, Yellowstone (AS), dprediksi bakal meletus. Terakhir kali meletus 600.000 tahun silam, gunung yang kini tak terlihat lagi seperti gunung itu sampai menghanguskan dua pertiga wilayah Amerika Utara.

Yellowstone (ilustrasi) tercatat telah meletus 3 kali selama 2,1 juta tahun terakhir.

Ilmuwan AS baru-baru ini menemukan bukti bahwa aktifitas gunung berapi rubuh yang sekarang berada di bawah Taman Nasional Yellowstone, Wyoming, itu telah meningkat secara drastik sejak 2004. Bila sampai meletus, kekuatannya dikirakan 1000 kali lebih kuat berbanding letusan Gunung St Helens, yang terakhir meletus pada 1980.

Gunung raksasa bersiklus sangat lama itu bisa memuntahkan lava jauh ke angkasa, menciptakan awan abu yang bakal membunuh berbagai spesies haiwan dan tanaman, meninggalkan lapisan abu setebal 3 meter dengan radius hingga lebih dari 1600 km. Dua pertiga wilayah AS sekarang bakal tidak layak dihuni lagi kerana ditutupi udara beracun. Ribuan bandar akan ditutup dan memaksa jutaan manusia meninggalkan rumah mereka.

Bencana sedahsyat ini menurut para pakar vulkanologi bolehterjadi lagi kerana gunung super tersebut telah melewati siklus letusan, iaitu 600.000 tahun. Peningkatan aktivnya tertinggi sampai memecahkan rekd sejak 2004. Lantainya naik hingga tiga inci per tahun selama tiga tahun terakhir saja. Itu adalah yang tercepat sejak pencatatan dimulai pada 1923.

Sayangnya, para ahli masih terkendala oleh kurangnya data untuk memrediksi lebih tepat bila skala letusan berikutnya bakal terjadi. Meski demikian, apabila nanti meletus efeknya mungkin seperti gunung Eyjafjallajokull di Islandia, yang meletus April tahun lalu dan menyebabkan kekacauan perjalanan udara terutama di Eropa.

Kawah Yellowstone (warna merah) adalah salah satu yang terbesar di dunia

Pusat magma Yellowstone berada di sekitar 600 km di bawah permukaan bumi dan naik sampai 48 km sebelum menyebar pada area seluas 480 km. Ini masih belum seberapa dibanding Toba. Sebagai perbandingan, volume kawah danau Toba adalah 2800 km kubik, sedangkan Yellowstone "cuma" 1000 km kubik. Sementara itu, gunung St Helens hanya seperseribunya, 1,2 km kubik saja. Danau Toba diperkirakan telah menyebabkan terjadinya jaman es saat terakhir kali meletus 75.000 tahun yang lalu.

Gambaran tentang efek letusan Yellowstone.

Sejak letusan terakhir pada 640.000 tahun yang lalu telah terjadi sekitar 30 kali letusan kecil dan yang terbaru sekitar 70.000 tahun yang lalu. Lalu, apa kira-kira yang akan terjadi pada dunia bila si adik Toba tersebut meletus? Kemungkinan bakal terjadi perubahan besar pada iklim dunia dan pada gilirannya mengubah cara hidup manusia di bumi. Jaman es kecil?

Tapi, kalau semisal ada dua pilihan antara Yellowstone meletus atau Toba, barangkali agak lebih baik kita berharap cukup si adik saja yang meletus.