Khamis, September 29, 2011

ASAL USUL PLANET NIBIRU ATAU PLANET X


Ini bermula dengan khabar angin Bumi akan musnah pada tahun 2012
disebabkan tamatnya kalendar kaum Maya iaitu suatu kaum yang
bertamadun tinggi yang  wujud sekitar 2500 tahun sebelum Masihi di
bahagian tengah Benua Amerika yang meliputi   Honduras, Guatemala,
El Salvador Utara sehingga ke tengah Mexico.
Ramalan Nostradamus (Michel de Nostredame (1503  – 1566), seorang
ahli ramal Perancis yang tersohor dengan ramalan-ramalan beliau
melalui bukunya   Les Propheties ("The Prophecies") (1555). Ramalan
beliau menyatakan bahawa planet Bumi akan binasa disebabkan
perlanggaran dengan planet Nibiru pada 21 Disember 2012. Dakwaan
ini berasaskan kepada berakhirnya kalendar kaum Maya.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa tiada maklumat dan data yang telah
direkodkan mengenai kewujudan planet ini. Pihak NASA juga telah
menyatakan bahawa tiada bukti yang sahih mengenai kewujudan planet
Nibiru atau planet X tersebut oleh mana-mana data pencerapan.
Berkenaan dengan dakwaan sesetengah pihak mengenai Planet X atau
planet Nibiru ini tidak dapat dilihat dan dipantau kerana ianya berada
dekat dengan Matahari adalah tidak benar. Ini adalah kerana setiap
objek mempunyai orbitnya sendiri. Oleh itu, sekiranya orbit planet X ini
berdekatan dengan sistem suria kita, sudah tentu ahli astronomi dan
penyelidik sudah dapat menemui planet ini dan ianya dapat dilihat
dengan mata kasar kerana ianya semakin menghampiri Bumi.
Pelbagai pemantauan secara berterusan mengenai objek-objek samawi
seperti komet dan asteroid yang mengorbit berdekatan dengan Bumi yang berpotensi untuk berlanggar dengan Bumi (Near Earth Objects,
NEO) telah dijalankan oleh beberapa inisiatif global seperti  Safeguard
Survey dan NASA NEO Programme Office. Pemantauan juga dijalankan
dengan menggunakan teleskop di angkasa lepas seperti  Infrared
Astronomy Satellite (IRAS)  untuk memantau sebarang ancaman dari
angkasa.
Sehubungan dengan itu, ANGKASA turut bekerjasama  dengan pihak
agensi angkasa lepas antarabangsa lain seperti NASA, Pejabat
HalEhwal Angkasa Lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu(UNOOSA) dalam isu ancaman dari Angkasa seperti ini.
Sehingga kini, tiada objek angkasa lepas yang akan memberikan
ancaman kepada Bumi secara langsung.
KESAN ANCAMAN DARI ANGKASA
Sebenarnya planet Bumi sentiasa terdedah kepada perlanggaran
dengan jasad-jasad samawi seperti komet dan asteroid yang berdekatan
dengan Bumi ataupun mempunyai orbit yang akan melintas hampir
dengan Bumi (Near Earth Objects, NEO). Saiz NEO ini pula berbezabeza, yang kecil seperti tahi bintang (shooting stars) yang kita boleh lihat
hampir setiap malam, dan yang terbesar antaranya berlaku 65 juta tahun
yang lepas, yang telah memusnahkan kehidupan dinosaur di atas muka
Bumi. Walaupun demikian, kebarangkalian untuk perlanggaran NEO
bersaiz besar ini adalah amat rendah, dan antara perlanggaran asteroid
bersaiz sederhana pula adalah seperti di USA yang menghasilkan
Barringer Crater pada 50,000 tahun lepas dan di Argentina yang
menghasilkan Rio Cuarto Crater (10,000 tahun lepas).OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI
Di dalam peruntukan Rancangan Malaysia ke Lapan (RMK-8), Kerajaan
telah bersetuju supaya Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) membina
sebuah observatori dengan sistem teleskop robotik yang boleh dikawal
secara  remote melalui talian internet dan membolehkan penyelidikan
astronomi dijalankan oleh pakar-pakar astronomi tempatan, serantau
dan antarabangsa. ONL terletak di Empangan Bukit Malut, Pulau
Langkawi, Kedah.
Selaras dengan keperluan saintifik penyelidikan astronomi, ONL telah
dibangunkan di sebuah kawasan hutan simpan di Empangan Bukit
Malut, Langkawi, Kedah memandangkan ciri-ciri fizikalnya yang
menepati kehendak dan keperluan penyelidikan astronomi.
Projek pembinaan ONL ini bermula pada 1 Februari 2005 dan telah siap
pada 2 Mei 2006. Program pemasangan instrumentasi dan pencerapan
secara rasmi bermula pada awal 2007
Peranan dan Tanggungjawab
Dasar pembangunan ONL adalah untuk membangunkan keupayaan
sains angkasa di kalangan saintis tempatan serta menyumbang kepada
perkembangan ilmu sains angkasa di Malaysia.   Objektif ONL  ialah
seperti berikut:
i) Untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi
kefahaman sains angkasa kepada rakyat Malaysia; ii) Merupakan kemudahan untuk para penyelidik Malaysia khususnya
dan rakyat Malaysia amnya untuk menjalankan penyelidikan
astronomi/astrofizik secara lebih mendalam dan sistematik dengan
kemudahan infrastruktur yang lengkap;
iii) Meningkatkan kesedaran sains, teknologi dan inovasi bagi
menyumbang ke arah memupuk budaya kreatif dan inovasi; dan
iv) Untuk menjadikan ONL sebagai sebahagian daripada jaringan
kerjasama antarabangsa dalam bidang penyelidikan astronomi
dan fizik suria.
Instrumentasi
ONL telah dilengkapkan dengan peralatan canggih dan moden setaraf
dengan balai cerap-balai cerap utama dunia seperti:
Teleskop utama ialah jenis Ritchey-Chrétien Cassegrainian Reflector
yang berdiameter 508 mm (kategori teleskop kecil). Saiz cermin
primernya membolehkan teleskop ini untuk mencerap objek-objek
astronomi yang malap.  Dudukan robotik (robotic mounting) ialah jenis
Advanced German Equatorial Robotic Mounting yang mempunyai
keupayaan untuk menjejak pelbagai objek astronomi dan dilengkapi
dengan aksesori pengimejan seperti kamera CCD dan spektrograf untuk
pengkajian spektroskopi bintang(unsur/komponen objek angkasa
tersebut).ANGKASA telah menambah nilai sistem ONL dengan melengkapkannya
dengan sistem teleskop Matahari. Dengan adanya sistem tersebut,
pencerapan Matahari yang konsisten dapat dijalankan dan data-datanya
termasuk imej pencerapan Matahari akan dipaparkan di internet untuk
kegunaan pakar-pakar yang berminat di Malaysia.  Objektif sistem
teleskop matahari ini adalah untuk memonitor aktiviti permukaan
Matahari (fotosfera dan kromosfera) dan sebagai platform untuk negara
meneroka penyelidikan matahari terutamanya melalui kerjasama
antarabangsa.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, walaupun teleskop di ONL ini dikategorikan
kecil tetapi ia adalah permulaan yang baik untuk negara kerana:
i) Ia membolehkan pertama kalinya saintis negara menjalankan
penyelidikan astronomi di Malaysia dengan suatu kemudahan
observatori yang lengkap;
ii) Melengkapkan pengalaman saintis negara dalam pengoperasian
dan penggunaan observatori yang mana pengalaman mereka ini
merupakan merit untuk mereka menggunakan observatoriobservatori utama dunia;
iii) Platform untuk melatih pelajar Paska-siswazah dan saintis muda
iaitu pembangunan sumber manusia dalam bidang sains angkasa;
iv) ONL mempunyai  niche area atau bidang keutamaan iaitu
penyelidikan khusus untuk langit khatulistiwa dan penyelidikan fizik suria(matahari). Ini adalah dengan mengambil kira kedudukan
Malaysia yang unik di Khatulistiwa. Ia memberi peluang untuk
negara mendalami dalam bidang penyelidikan angkasa khusus
untuk kawasan khatulistiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan